Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) berharap agar tiada pihak yang cuba mengadakan-adakan cerita untuk menutup kegagalan pihak setiap tahun.
Baginda menerusi satu ciapan di laman Twitternya memberi komen balas berkenaan dengan rentetan isu bermula dari kenyataan pemain sayap Selangor, Faisal Halim yang mengatakan bahawa ada pihak yang mahu menjatuhkan Selangor.
TMJ mengulang ciap kenyataan penyokong JDT yang dikenali sebagai Farhan yang menyambut baik cadangan TMJ untuk mengadakan forum antara semua presiden di kelab.
TMJ berharap agar tiada pihak yang cuba untuk menyembunyikan kegagalan pasukan setiap tahun.
“Saya harap tiada pihak yang cuba reka cerita untuk mengalih perhatian atas kegagalan setiap tahun.”
“Saya mencadangkan untuk pemilik dan CEO adakan forum untuk memberi semua penyokong peluang untuk tanya apa sahaja.
“Buat depan-depan lebih baik daripada balik batu sembunyi belakang penyokong,” jelas Baginda.
TMJ sebelum ini mencadangkan agar satu forum diadakan bagi memberi ruang kepada semua penyokong menyuarakan pendapat masing-masing.