TMJ Tidak Akan Berhenti Menyuarakan Isu Bola Sepak Malaysia
Liga Super
MakanBola
@HRHJohor II
Advertisements

Susulan ucapan Aidilfitri Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim dalam Nadi Weekend dua hari lepas, ada penyokong menyangka baginda tidak lagi akan lantang bersuara tentang isu bola sepak. Hakikatnya, baginda akan terus bersuara demi menjaga kepentingan bola sepak Malaysia.

Baginda menyifatkan ucapannya itu sebagai meraikan suasana Hari Raya Aidilfitri dan permulaan baru kepada semua termasuk para penyokong. Tetapi itu tak bermakna TMJ yang juga pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) merasa kesal dalam memperjuangkan isu bola sepak negara.

Advertisements

“Masa saya ditanya ada tak apa-apa pesanan kepada penyokong bola sepak tempatan sempena Hari Raya. Saya jawab Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua penyokong dan juga kepada mana-mana pihak yang tersinggung.

“Tetapi ia bukan bermakna saya kesal atau akan berhenti bersuara berdasarkan fakta dalam hal ehwal atau senario bola sepak tempatan. Saya akan terus bersuara dan memberi pandangan tentang industri bola sepak negara,” titah baginda dalam catatan Instagram Storynya baru-baru ini.

Advertisements

Mengulangi gagasan agar satu forum terbuka diadakan antara para penyokong dengan pengurusan kelab termasuk pemilik pasukan, TMJ melihat ini sebagai cara menambah ketelusan dalam pengurusan dan memastikan para penyokong cakna dengan perkembangan pasukan mereka.

“Jangan kita sembunyi di belakang surat. Bersemuka dengan penyokong adalah cara yang terbaik. Berani kerana benar. Jangan layan orang gila dan jangan sanjung orang ‘penakut’,” tambahnya.

Advertisements

News Comments Account