TMJ Tinggalkan JDT
Dunia
HRHJohorII
Advertisements

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibrahim sah telah berundur daripada peranannya di JDT.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik oleh Johor Southern Tigers, TMJ secara rasminya menyatakan hasratnya untuk mengundur diri selepas hampir sedekad mengemudi pasukan Harimau Selatan.

Baginda Tunku juga menyatakan antara faktor yang menyebabkan keputusan berat ini terpaksa diambil adalah disebabkan oleh tanggungjawab dan juga komitmen yang lain terpaksa diutamakan.

Advertisements

Maka dengan ini, segala urusan harian di kelab itu akan diambil oleh pengurusan tertinggi kelab ketika ini.

“Saya telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian kelab Bolasepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab.”

TMJ juga sempat merakakamkan ucapan selamat maju jaya buat kelab kesayangannya itu dan sentiasa mendoakan agar lebih banyak kejayaan akan dikecapi pada masa akan datang.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram