Tomislav Steinbrückner Ganti Nafuzi Zain Di Terengganu
MakanBola
Terengganu FC
Sponsors

Pengarah Teknikal Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner disahkan akan mengendalikan pasukan bagi musim 2023.

Bekas jurulatih pasukan T Team itu kini bersama pasukan dengan memainkan peranan lain namun difahamkan bagi mengambil alih peranan Nafuzi Zain untuk mengemudi pasukan dari Pantai Timur itu.

Ad
Sponsors

Beliau yang memiliki pengalaman luas termasuklah pengetahuan tentang bola sepak Malaysia ditagih oleh pengurusan Terengganu untuk membawa lebih banyak kejayaan oleh pasukan.

Ad

Pengendali kelahiran Croatia ini juga dikenali dengan kebolehan mencungkil bakat muda apabila banyak mengendali pasukan bawah 17 tahun sepanjang kariernya.

Susulan pengumuman tersebut, jaguh Pantai Timur itu turut mengesahkan bahawa mereka tidak lagi mengekalkan khidmat empat pemain import pasukan bagi musim baharu kelak.

Ad

Ini juga disebabkan oleh Nafuzi yang difahamkan masih menagih khidmat beberapa tonggak utamanya untuk memantapkan jentera pasukan baharunya, Kedah Darul Aman.

Ad

Hal ini bakal menyaksikan tugas besar bakal digalas oleh Steinbruckner untuk memacu cabaran Terengganu terutamanya di pentas Piala AFC tahun hadapan.

Ad