Tomislav Steinbruckner Kongsi Perasaan Berbeza Diikat Bali United
MakanBola
Azri/MakanBola
Sponsors

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mengakui pasukannya terlepas peluang berharga untuk mencuri tiga mata penting di Asia.

Menerusi satu temubual selepas perlawanan berdepan Bali United, beliau menyatakan rasa kecewa selepas pasukannya gagal memungut mata penuh.

Ad

Perasaan itu bagaimanapun ditangkas selepas beberapa pemain muda yang diberikan peluang untuk beraksi berjaya memperagakan aksi yang diharapkan.

Ad

Pengendali kelahiran Croatia itu yakin skuad Peteh mampu tampil lebih baik terutamanya bahagian serangan yang kurang tajam di atas padang.

“Kita memiliki banyak peluang terutamanya Sony Norde, Nurillo namun kita mungkin kurang cergas.”

Ad

“Kita (Terengganu) cuba untuk melakukan yang terbaik terutamanya selepas menjaringkan gol penyamaan namun harus akur memperoleh satu mata di tempat lawan.”

Ad

Mengulas lanjut, beliau tidak ragu-ragu untuk menurunkan barisan pemain muda yang berkualiti dan memberikan kepercayaan sepenuhnya untuk membawa cabaran pasukan.

Ad

“Ia bukan soal usia, Adisak tidak beraksi dengan baik sama seperti pemain lain, jadi saya memberikan beliau (Syahmi) peluang kerana beliau berlatih dengan baik,” jelasnya pada sesi sidang media sebentar tadi.

Syahmi Zamri menjadi wira Terengganu apabila meledak gol penyamaan pada minit ke-85 untuk memberikan satu mata berharga buat pasukan.

Terengganu akan berdepan KL City bagi aksi separuh akhir Piala Malaysia 2023 pada 21 Oktober sebelum melayan kunjungan Stallions pada 26 Oktober di laman sendiri.