Advertising
Tomislav Steinbruckner: Pemain Terengganu Fikir Raya Awal
MakanBola
Azri Haziq / MakanBola

Kekalahan besar 5-1 Terengganu di tangan pasukan Selangor sememangnya mengecewakan jurulatih mereka, Tomislav Steinbruckner. Dan jurulatih Croatia itu percaya kesilapan-kesilapan individu yang dibuat anak-anak buahnya semalam disebabkan mereka memikirkan sambutan Hari Raya Aidilfitri terlebih dahulu.

Pandangan tersebut dilemparkan kerana beliau merasakan anak-anak buahnya hilang fokus dan gagal bersaing dengan pemain-pemain tuan rumah. Disebabkan perkara yang sama, ia turut menjadi punca banyak kesilapan individu yang membawa kepada gawang Penyu dibolosi lima kali.

“Saya tak tahu. Sebelum itu, saya ada kata kita mungkin meraikan Hari Raya (Aidilfitri) terlalu awal. Pemain-pemain merasakan mereka seperti sudah bercuti, sesetengah mereka tidak hadir (secara mental) ke perlawanan ini.

Ad

“Saya cuba mengubah perlawanan dengan membuat beberapa pertukaran. OK, kita jaringkan satu gol (gol Ivan Mamut). Tetapi itu hanya segelintir saja yang bermain.

Ad

“Sesetengah pemain terpaksa kekal di Terengganu disebabkan kecederaan tetapi untuk hari ini, saya tak kisah pemain mana yang lebih baik yang beraksi atas padang.

“Apa yang saya boleh kata tentang perlawanan ialah mereka (Selangor) pasukan yang lebih bagus. Mereka berhak mendapatnya, mungkin keputusannya terlampau besar. Kami harus pandang ke depan dan cuba melupakan (kekalahan ini) tetapi ia bukan mudah,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan semalam.

Ad
Ad

Kekalahan ini meletakkan Terengganu di tangga keenam liga selepas sembilan perlawanan. Dan selepas sambutan Aidilfitri, anak-anak buah Steinbruckner perlu bangkit kerana mereka akan menentang Sri Pahang untuk ‘derby’ Pantai Timur pada 26 April ini.