Tomislav Steinbrückner ‘Pening’ Dengan Karenah Ivan Mamut

Ivan Tomislav Tomislav Steinbrückner 'Pening' Dengan Karenah Ivan Mamut
Terengganu FC
Nik Faris @nikfalovic
1:03am 08/07/2023

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbrückner gusar dengan tingkah laku yang ditonjolkan oleh penyerang sensasinya, Ivan Mamut.

Pemain kelahiran Croatia itu sekali lagi terlibat dengan insiden yang kurang dimiinatboleh Tomislav tatkala salah faham antara pemain KL City dan Terengganu menyebabkan aksi menjadi panas.

Menerusi satu kenyataan, pengedali berusia 56 tahun memberitahu bahawa beliau tidak gemar pemainnya bertindak di luar kawalan.

Tomi bagaimanapun masih boleh memahami tindakan yang dilakukan oleh pemain berusia 26 tahun itu mungkin bertitik tolak daripada peluang yang gagal dimanfaatkan oleh pemain itu.

“Saya tak gemar dengan kelakukan Ivan Mamut terutamanya melibatkan provokasi. Beliau telah melakukannya ketika berdepan JDT akan tetapi beliau perlu mengawal emosinya.”

“Saya boleh faham tindakan beliau kerana mungkin berasa kecewa apabila terlepas beberapa peluang menjaringkan gol namun beliau tidak sepatutnya melakukan itu,” jelasnya dalam temu bual selepas perlawanan.

Ivan dilihat bertelagah dengan beberapa pemain lawan termasuklah Romel Morales sebelum dileraikan oleh rakan sepasukan.

Terengganu akan berdepan PDRM di Kelana Jaya bagi aksi berikutnya dalam usaha memperbaiki kedudukan dalam liga.