Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner menjangkakan cabaran sukar daripada Sabah FC menjelang aksi pertama suku akhir Piala FA 2024 pada 28 Jun.

Advertisements

Penilaian jurulatih Croatia itu dibuat selepas melihat prestasi semasa pasukan yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee itu dalam Liga Malaysia (Liga M).

Selepas mengharungi tiga perlawanan, Sabah kekal tanpa kalah dengan mengutip dua kemenangan dan satu keputusan seri.

Advertisements

Selain itu, skuad Badak juga berjaya mara ke pusingan suku akhir Piala FA 2024 selepas membelasah KL Rovers FC 7-0 di Stadium Likas baru-baru ini.

Meskipun Terengganu memiliki kelebihan beraksi di gelanggang sendiri, Steinbruckner percaya pasukan itu perlu bekerja keras jika ingin menewaskan Sabah.

Advertisements

“OK, minggu hadapan pada Jumaat, kita akan tempuh perlawanan pertama menentang Sabah dalam Piala FA. Hari seterusnya memerlukan pemulihan yang bagus selepas mengharungi perjalanan yang panjang semalam.

“Kita tidak turun berlatih disebabkan keadaan cuaca di sini. Kita tidak dapat berlatih di atas padang kerana keadaan padangnya yang tidak bagus. Esok (Ahad) kita akan bertolak pulang dan hari berikutnya, kesebelasan utama yang bermain akan berehat.

Advertisements

“Dan persiapan dua, tiga hari untuk perlawanan seterusnya. Kita menjangkakan satu perlawanan yang baik di tempat sendiri, keadaan yang lebih baik dan perlawanan sukar menentang Sabah kerana Sabah satu pasukan yang bagus,” katanya dalam temubual pasca-perlawanan Kuching City FC-Terengganu untuk Nadi Arena.

Terengganu diikat 1-1 oleh Kuching City dalam aksi keempat Liga Super pada 22 Jun lalu. Keputusan ini meletakkan Penyu di tangga ketiga liga di belakang Selangor FC.

Advertisements
Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram