Tomislav Steinbrückner Temui Seorang Lagi Permata Terengganu
Liga Super
MakanBola
Terengganu FC
Advertisements

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbrückner memuji kualiti yang dimiliki oleh seorang pemain muda Terengganu yang tampil cemerlang berdepan PDRM semalam.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ itu menyaksikan skuad Peteh diikat oleh PDRM dengan keputusan 0-0.

Advertisements

Sungguhpun terdapat kekecewaan apabila gagal membawa pulang 3 mata, pengendali berusia 56 tahun itu tetap menggariskan beberapa perkara positif daripada aksi tersebut.

Katanya, terdapat seorang pemain yang dilihat berpotensi besar untuk terus menyinar bersama Terengganu sungguhpun masih muda.

Advertisements

Beliau dilihat mula memberi kepercayaan kepada pemain tersebut untuk tampil menggalas tugas mengemudi benteng pertahanan pasukan.

“Saya tidak boleh memberi komen terhadap persembahan Safwan, beliau bermain dalam beberapa perlawanan. Beliau (Safwan) ialah pemain masa depan Terengganu.”

Advertisements

“Saya mahu memberi lebih banyak ruang dan peluang kepada Syahmi Zamri dan Ubaidullah kerana Terengganu sentiasa memiliki pemain yang berkualiti,” jelasnya dalam temu bual selepas perlawanan.

Terengganu kini berada pada kedudukan ke-6 Liga Super dengan 25 mata, 8 mata dipisahkan dengan Sabah di tangga ke-5.

Advertisements

News Comments Account