Tonggak kelab terkemuka Eropah iaitu FC Copenhagen dikesan miliki darah keturunan Denmark-Malaysia.
Khabar mengenai pemain warisan Malaysia terus menjadi topik hangat selepas dua pemain baharu iaitu Hector Hevel dan Gabriel Palmero dipanggil bagi membantu Harimau Malaya.
DYAM Tunku Ismail turut mengesahkan bahawa pasukan kebangsaan akan menerima kira-kira 7 lagi pemain warisan baharu bagi kempen Kelayakan Piala Asia 2027.
“Tujuh lagi lagi pemain Malaysia yang berpangkalan akan menambah lebih banyak kualiti dan membantu pasukan,” kata baginda di laman X.
Peminat mula berbual berkenaan seorang pemain warisan baharu yang berpotensi untuk menyarung jersi negara iaitu Sein Fetterlein.
Berdasarkan laman Transfermarkt, tonggak muda berusia 17 tahun itu beraksi buat skuad muda FC Copenhagen merupakan antara pertahanan kanan meningkat naik di Eropah.
Beliau dikatakan pernah menimba pengalaman bersama Akademi Barcelona pada usia mudanya dan kini mengikat kontrak jangka panjang bersama kelab Denmark itu sehingga tahun 2027.
Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi berkenaan sebarang perkaitan Fetterlein dengan Malaysia tatkala beliau juga dilaporkan berada dalam radar Denmark B-17.