Tonggak England Beri Bayangan Pemain Warisan Baharu Malaysia
MakanBola
Burnley FC

Tonggak England memberi bayangan mengenai pemain warisan baharu yang bakal memperkuat Malaysia.

Khabar yang dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia tidak menjadi kenyataan selepas pertahanan Go Ahead Eagles, Mats Deijl tidak dapat mewakili Harimau Malaya.

Hal ini selepas beliau tidak melepasi syarat yang ditetapkan oleh badan induk FIFA yang memaksa penantian pemain warisan baharu diteruskan.

Khabar dari Eropah terus rancak menjadi bualan selepas beberapa pemain ternama di England memberi bayangan bahawa kapten Burnley, Josh Brownhill berpotensi menjadi tonggak warisan terbaru Harimau Malaya.

Penjaga gol muda England yang juga merupakan rakan sepasukan di Burnley iaitu James Trafford sempat meninggalkan komen berkenaan Malaysia pada hantaran Brownhill.

“Malaysia,” tulis Trafford di ruangan komen.

FAKE NEWS 1 Tonggak England Beri Bayangan Pemain Warisan Baharu Malaysia

Beberapa pemain lain seperti Josh Laurent, Jaidok Anthony dan juga Connor Roberts turut menyatakan perkara sama dengan meninggalkan emoji bendera Malaysia pada ruangan komen.

FAKE NEWS 1 Tonggak England Beri Bayangan Pemain Warisan Baharu Malaysia

Pemain berusia 28 tahun itu memaklumkan bahawa beliau memiliki susur galur dari Malaysia menerusi neneknya yang berasal dari sini.

“Saya boleh mengesahkan bahawa saya mempunyai susur galur Malaysia melalui nenek saya, yang merupakan sesuatu yang amat saya banggakan.

“Walaupun saya memberi tumpuan kepada kerjaya kelab saya sehingga sekarang, kemungkinan mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa adalah sesuatu yang saya akan terbuka untuk mempertimbangkan,” jelasnya kepada Frfuturetalents.

Bekas pemain Akademi Manchester United ini memiliki nilai pasaran sekitar 15 Juta Euro (RM72 Juta) dan bakal menjadi pemain termahal di Asia Tenggara sekiranya menjadi kenyataan.

Setakat ini, tiada pengesahan rasmi berkenaan status pemain ini layak mewakili Harimau Malaya daripada pemain dan juga badan induk FAM.