Tonggak kelahiran Jerman dan England memacu perjuangan baharu Sri Lanka bagi aksi Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027.
Skuad kendalian Abdullah Al-Mutairi menampilkan persembahan memberangsangkan dalam beberap aksi terakhir pasukan.
Sri Lanka juga memberikan tentangan sengit pada aksi pertama Kumpulan D, Kelayakan Piala Asia 2027 apabila hanya tewas 0-1 di tangan jaguh Asia Tenggara, Thailand.
Beberapa muka warisan baharu telah memperkuat Sri Lanka sekali gus memberikan tonik tambahan dalam misi untuk mencipta kejayaan ke pentas Piala Asia 2027.
Perancang tengah, Garrett Kelly berusia 29 tahun turut berada dalam kesebelasan utaam Sri Lanka dan kini beraksi bersama kelab England, Welling United (Divisyen 6) dan membentuk gandingan bersama pemain LSK Hansa di Jerman, Leom Perera.
Tonggak kelahiran Liverpool, Sam Durrant mengetuai jentera serangan berdepan skuad Gajah Perang dan kini beraksi buat kelab liga teratas Wales, Connah’s Quay.
Terdapat juga beberapa pemain warisan dari Australia seperti pertahanan, Jack Hingert yang berkelana di liga utama Australia bersama Brisbane Roar dan juga William Thomason juga di sana bersama Essendon Royals.
Kualiti pemain Jerman menjadi acuan utama Sri Lanka menerusi pemain seperti Claudio Kammerknecht (Dynamo Dresden) dan Jason Thayarapan (Eintracht Trier) – masing-masing menjadi sandaran utama pasukan ketika ini.
Chinese Taipei bakal menjadi lawan kedua Sri Lanka pada 10 Jun ini di laman sendiri untuk mengutip 3 mata pertama peringkat kumpulan.