Seorang tonggak kelahiran Tegueste, Sepanyol dilaporkan berada dalam radar Harimau Malaya.
Baru-baru ini, skuad kendalian Peter Clamovski cemerlang merekodkan kemenangan 2-0 bagi aksi pertama Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027.
Aksi tersebut menyaksikan seorang pemain warisan baharu beraksi iaitu tonggak Portimonense SC, Hector Hevel yang menjaringkan gol debutnya.
Bukan itu sahaja, terdapat seorang lagi pemain iaitu Gabriel Palmero namun hanya berada pada senarai awal skuad di kem latihan pusat.
Menerusi laporan oleh wartawan MakanBola, Syafiq Freman, usaha merevolusikan Harimau Malaya ini bakal diteruskan dengan kehadiran nama besar dalam skuad negara.
Pemain baharu ini dikatakan memiliki reputasi besar dalam kancah bola sepak Eropah dan kini beraksi bersama salah sebuah kelab di Sepanyol.
“Lagi pemain warisan baharu tinggi lampai (CM) kelahiran Tegueste, Sepanyol dilaporkan bakal warnai skuad kendalian Peter Cklamovski.
“Masih muda dan beraksi bersama salah sebuah skuad muda gergasi Sepanyol,” ujar Syafiq Freman di laman X.
Malaysia bakal berdepan ujian getir menentang pasukan gergasi Asia Tenggara, Vietnam pada 10 Jun 2025 di laman sendiri.
Seorang lagi pemain yang dikatakan bakal membuat kemunculan bersama Harimau Malaya adalah tonggak pertahanan, Jon Irazabal.