Ads
Liga Super
Negeri Sembilan FC

Penyerang import Negeri Sembilan FC, Mika Junco ditimpa malang apabila menjadi mangsa jenayah ragut di Kuala Lumpur hari ini.

Advertisements

Perkara ini dikongsikan sendiri penyerang berusia 31 tahun itu menerusi satu hantaran di akaun Instagram Story miliknya.

Advertisements

Mika memaklumkan beliau kehilangan seutas rantai emas yang diragut semasa berada di tengah-tengah ibu negara.

Advertisements
Advertisements
b13dde52 8be2 4795 bf99 67ba9a2693ea Tonggak Negeri Sembilan Diragut Di Kuala Lumpur

Bekas penyerang FC KTP itu turut memaklumkan beliau berada dalam keadaan selamat. Pada masa sama, Mika berharap pelaku jenayah tersebut dapat dikesan dan ditahan oleh pihak berkuasa.

“Mereka meragut rantai emas saya di tengah-tengah Kuala Lumpur dengan menunggang motosikal. Semuanya selamat. Saya harap ada individu yang mula menghentikan perkara ini,” katanya.

Advertisements

Sejak kebelakangan ini, bukan sekali pemain bola sepak terutama berstatus pemain kebangsaan menjadi mangsa kes jenayah.

Antara pemain yang menjadi mangsa kes jenayah ialah Akhyar Rashid, Faisal Halim, Safiq Rahim dan Khuzaimi Piee.

Advertisements

Mika merupakan pemain import baru skuad Rusa untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram