Advertisements
Tonggak ‘RM47 Juta’ Belanda Bercakap Tentang Selangor
Liga Super
MakanBola
FC TWENTE/SFC

Tonggak RM47 Juta Liga Belanda berbicara tentang Selangor FC.

Baru-baru ini, Gergasi Merah telah mengumumkan ketibaan dua jurulatih baharu iaitu Shahrom Kalam dan Abdi Hassan sebagai penolong jurulatih kepada pengendali pasukan, Nidzam Jamil.

Perlantikan Shahrom dan Abdi dilakukan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan penolong jurulatih, Conor Nestor.

Pengendali kelahiran Ireland itu meninggalkan Selangor untuk menggalas peranan sebagai jurulatih kelab Kemboja, Svay Rieng.

Pelantikan Abdi Hassan telah menerima ucakan daripada pemain kelahiran Belanda-Indonesia, Mees Hilgers.

Pemain berusia 22 tahun itu mengucapkan tahniah kepada Selangor dan Abdi atas pelantikannya bersama The Red Giants.

Umum mengetahui bahawa Hilgers pernah berada di bawah kendalian jurulatih itu ketika beraksi di Akademi FC Twente.

Abdi berkhidmat di sana selama hampir 6 tahun sebelum pulang ke Malaysia dan berkhidmat bersama NFDP.

“Selamat maju jaya,” ujar Mees kepada bekas jurulatihnya itu.

FAKE NEWS Tonggak 'RM47 Juta' Belanda Bercakap Tentang Selangor

Beliau kini menjadi watak penting skuad kendalian Shin Tae-yong yang beraksi pada pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.