Tonggak Sri Pahang, Kuvondik Ruziev Bakal Ikut Jejak Ramon Machado
MakanBola
Sri Pahang FC
Sponsors

Selepas Ramon Machado, bintang import Sri Pahang FC, Kuvondik Ruziev bakal meninggalkan saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25.

Sebelum ini, Sabah dengan berat hati terpaksa melepaskan Machado selepas penyerang berusia 33 tahun itu meminta kontraknya ditamatkan secara persetujuan bersama.

Ad

Selepas berpuas hati dengan sebab-sebab yang dinyatakan, Sabah mengumumkan penamatan kontrak penyerang Brazil itu. Machado kemudiannya tampil buat kali terakhir aksi suku akhir kedua Piala FA 2024 antara Sabah dan Terengganu FC pada 6 Julai lalu.

Ad

Kini, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan Ruziev bakal mengikut jejak Machado meninggalkan Liga M. Pemain tengah berusia 29 tahun itu dilaporkan akan kembali ke Uzbekistan.

“Selepas Ramon Machado, giliran Kuvondik Ruziev tinggalkan Liga Malaysia tidak sampai setengah musim liga berlangsung. Difahamkan, Ruziev balik ke Uzbekistan,” katanya di X.

Ad

Ruziev menyertai Sri Pahang pada tetingkap kedua perpindahan Liga M musim 2023. Musim lepas menyaksikan beliau merekodkan 15 penampilan, satu gol dan satu bantuan gol dalam semua kejohanan.

Ad

Dan musim 2024/25 menyaksikan Ruziev terus berada dalam perancangan jurulatih Tok Gajah, Fandi Ahmad dengan merekodkan empat penampilan.

Ad

Sekiranya khabar ini menjadi kenyataan, maka Stefano Brundo, Aleksandar Cvetkovic, Kpah Sherman, Manuel Hidalgo dan Mykola Ahapov bakal menjadi sandaran Sri Pahang untuk baki kempen musim ini.