Tonggak Warisan Indonesia, Sandy Walsh Kini Pemain Baharu Yokohama F. Marinos
MakanBola
Yokohama F. Marinos
Sponsors

Bintang warisan Indonesia, Sandy Walsh sah menyertai kelab gergasi Jepun, Yokohama F. Marinos.

Ini selepas Marinos mengumumkan perpindahan pemain pertahanan berusia 29 tahun itu di laman sesawang rasmi mereka.

Ad
Sponsors

“Kami sukacita ingin mengumumkan Sandy Walsh telah menyertai kami secara perpindahan tetap dari KV Mechelen,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Ad

Sebaik perpindahannya disahkan, Walsh mengakui tidak sabar membantu Marinos mencapai sasaran mereka untuk musim 2025.

“Kita akan lakukan yang terbaik, bekerja keras setiap hari, menunjukkan kekuatan kita dan membuatkan anda semua bangga,” katanya dalam satu kenyataan.

Ad

“Saya tak sabar melihat anda semua di atas padang. Mari kita jadikan musim ini musim yang terbaik bersama-sama.”

Ad

Walsh menjadi antara lapan pemain baru yang menyertai Marinos untuk musim 2025. Selain beliau, kelab Jepun itu turut merekrut Thomas Deng, Jeison Quinones, Ryoya Kimura, Daiya Tono, Toichi Suzuki, Jean Claude, Park Il-gyu dan Justin Homma.

Ad

Walsh mengikut jejak beberapa pemain Indonesia yang pernah beraksi di Jepun seperti Pratama Arhan, Irfan Bachdim dan Ricky Yacobi.

Marinos turut menampilkan bekas jurulatih England, Steve Holland sebagai jurulatih baharu mereka. Holland masuk menggantikan jurulatih interim dari Australia, John Hutchinson.

Bekas jurulatih Chelsea itu bakal dibantu legenda Leicester City, Patrick Kisnorbo sebagai penolong jurulatih.