Tonggak warisan Ocenia difahamkan memilih untuk tidak mewakili Harimau Malaya.
Skuad kendalian Peter Cklamovski menerima tonik tambahan selepas melakar kemenangan 2-0 ke atas pasukan ke-175 dunia, Nepal bagi aksi Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027.
Usaha untuk mendapatkan pemain warisan telah bermula selepas dua pemain, Hector Hevel dan Ganriel Palmero berada dalam senarai 30 pemain di kem latihan pusat.
Hasrat untuk melihat seorang lagi tonggak dari benua Ocenia iaitu Ryan Teague tidak kesampaian apabila beliau telah beraksi bersama pasukan kebangsaan Australia baru-baru ini.
Tonggak berusia 24 tahun itu dalam satu temu bual bersama ESPN Asia mengesahkan bahawa beliau sememangnya memiliki pertalian darah dengan Malaysia.
“Itu sesuatu yang timbul (kebelakangan ini) kerana saya mempunyai warisan Malaysia,” jelas pemain tengah itu.
Beliau turut memberitahu bahawa baru sahaja mengetahui akan statusnya yang boleh mewakili pasukan kebangsaan baru-baru ini.
“Saya tidak tahu perkara ini sehinggalah beberapa bulan lalu, jadi itu khabar baru kepada saya.
“(FA Malaysia) datang kepada saya tetapi, sekali lagi, itu hanya melalui ejen saya. Saya cuba untuk tidak melibatkan diri daripada perkara itu,” tambahnya.
Namun begitu, DYAM Tunku Ismail menjelaskan bahawa terdapat usaha untuk menambah 7 lagi pemain warisan berkualiti tinggi ke dalam skuad Harimau Malaya.
“Tujuh lagi lagi pemain Malaysia yang berpangkalan akan menambah lebih banyak kualiti dan membantu pasukan,” ujar baginda di laman X.