Tragedi Kad Merah Giancarlo Gallifuoco  Undang Tanda Tanya
Liga Super
Giange94
Advertisements

Kad merah yang dilayangkan oleh pengadil perlawanan terhadap pertahanan KL City FC, Giancarlo Gallifuoco mengundang pelbagai persoalan.

Kejadian ini berlaku ketika The City Boys menentang Penang FC di Stadium Bandaraya ketika perlawanan memasuki babak akhir permainan.

Tindakan pemain kelahiran Australia itu untuk mengawal keadaan bertukar tragedi apabila hantarannya kepada penjaga gol pasukan, Azim Al-Amin agak lemah sebelum ada cubaan untuk merampas bola tersebut daripada penyerang lawan, Giovane Gomes.

Advertisements

Pertahanan berusia 29 tahun itu dilayangkan kad merah oleh pengadil susulan terhadap gerakan yang cuba menghalang Gomes untuk mara ke dalam kotak penalti.

Namun begitu, tiada halangan secara total dilakukan oleh pertahanan ini sambil ruang untuk Gomes juga terbuka bagi melakukan larian.

Tindakan beliau dianggap sebagai satu kesalahan oleh pengadil perlawanan yang memberikan kad merah kepada Giancarlo.

Advertisements

KL City meneruskan permainan dengan 10 pemain namun layangan kad merah tersebut menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Menurut perkongsian oleh T. Avineshwaran, beliau merasakan bahawa hukuman yang diberikan terhadap pemain tunjang KL City itu agak berat.

“Tidak perlu (tindakan Giancarlo), tetapi saya rasa ia tidak layak untuk kad merah. Itu adalah keras pada Gallifuoco, pada pendapat saya,” jelasnya.

Advertisements

Kehilangan khidmat beliau sudah pasti memberi kesan kepada percaturan Bojan Hodak bagi sambungan saingan Liga Super kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram