Trio Fandi Ketuai Singapura Kekang Ancaman China
Asia Tenggara
FA Singapore
Advertisements

Singapura mengumumkan barisan pemain bagi menghadapi China dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027.

Menerusi satu hantaran di media sosial Persatuan Bola Sepak Singapura menyaksikan tiga tonggak utama pasukan iaitu Ikhsan Fandi, Irfan Fandi dan Ilhan Fandi bakal menerajui pasukan.

Ikhsan yang kini bersama BG Pathum akan mengetuai jentera serangan bersama adiknya Ilhan yang beraksi bersama KMSK Deinze di Belgium.

Advertisements

Manakala, Irfan yang beraksi di posisi pertahanan tengah dijangka bakal menguatkan benteng pertahanan bersama pemain-pemain lain.

Nama lain yang turut dipanggil Tsutomu Ogura adalah pertahanan Selangor, Safuwan Baharudin, bekas pemain JDT, Hariss Harun dan juga pemain tengah Persebaya Surabaya, Song Uiyoung.

Di posisi penjaga gol, Hassan Sunny masih diberi kepercayaan oleh barisan kejurulatihan bersama penjaga gol Lion City Sailors, Zharfan Rohaizad dan Syazwan Buhari dari Tampines Rovers.

Advertisements

Juara Piala AFF Suzuki 2012 ini dijadualkan menentang China di Stadium Nasional Singapura pada 21 Mac ini sebelum sekali lagi turun berdepan China di Stadium Olimpik Tianjin lima hari kemudian.

Singapura kini menduduki tangga tercorot kumpulan C tanpa sebarang mata setelah mencatatkan dua kekalahan kepada Korea Selatan dan Thailand sebelum ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram