Trio Nigeria Dalam Radar PDRM
Transfer
PDRM FC
Advertisements

PDRM FC kini sedang giat memborong beberapa pemain bagi mempersiap pasukan menghadapi saingan Liga Malaysia 2024-2025 tidak lama lagi.

PDRM yang berjaya membawa pulang satu piala musim lalu dikhabarkan bakal membawa masuk beberapa pemain baharu dengan pemain import dari Nigeria menjadi pilihan pasukan tersebut.

Khabar angin ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Suhaimi yang mengatakan seramai tiga orang pemain import kelahiran Nigeria dijangka akan memperkuat pasukan The Cops.

Advertisements

Beliau berkata, pertahanan FK Aksu di Liga Kazakhstan iaitu Faith Friday Obilor menjadi pilihan pasukan PDRM bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan James Okwuosa pada musim ini.

”Saya boleh katakan PDRM sudah menemui pengganti James Okwuosa yang berhijrah ke Kuching City musim ini iaitu Faith Friday Obilor,” katanya ketika segmen Keluar Masuk Pemain.

Tambah Fadhirul lagi, nama yang tidak asing lagi dalam Liga Malaysia iaitu Ifedayo Olusegun juga turut mendapat perhatian pihak pengurusan bagi menajamkan jentera serangan pasukan.

Advertisements

Ifedayo yang beraksi bersama Kedah Darul Aman FC musim lalu kini bergelar ejen bebas dan bersedia untuk diperkenalkan sebagai penyerang baharu Sang Saka Biru.

”Dan hampir pasti saya kira, Ifedayo (Olusegun) bakal menjadi antara senjata pemusnah baharu PDRM pada musim akan datang Mei ini,” ulas Fadhirul kepada Azlan Mubin dalam segmen tersebut.

Selain itu, rakan sepasukan Friday Obilor di FK Aksu, Chidi Osuchukwu juga dikhabarkan bakal menyarung jersi PDRM bagi mengemudi bahagian tengah pasukan bersama pemain sedia ada.

Advertisements

“Dan Chidi Osuchukwu, ini pemain tengah yang akan dikhabarkan bergandingan bersama Fadi Awad bagi musim yang akan datang,” tambah Fadhirul lagi.

”Percaturan bijak yang diambil oleh pihak pengurusan The Cops musim ini apabila membawa masuk Faith Friday Obilor dan Chidi Osuchukwu yang merupakan bekas rakan sepasukan di kelab terdahulu, FK Aksu.”

”Ini fakta menarik, ketiga-tiga pemain ini berasal dari Nigeria,” tambah Fadhirul dalam segmen tersebut.

Advertisements

Musim lalu, PDRM menamatkan saingan Liga Super di tangga kelapan, mengutip 37 mata hasil 11 kemenangan, empat kali seri dan 11 kekalahan dalam 26 perlawanan.

Kejayaan menjulang MFL Challenge Cup musim lalu bakal menjadi detik manis buat pasukan yang ketika itu dibimbing Datuk Yunus Alif.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram