Advertising
Tsutomu Ogura: Singapura Berpeluang Lakar Sejarah
MakanBola
FA Singapore

Jurulatih Singapura, Tsutomu Ogura melihat aksi separuh akhir ASEAN Championship 2024 menentang Vietnam sebagai peluang mencipta sejarah.

Rekod pertemuan lalu menyaksikan Singapura gagal menewaskan Pahlawan Bintang Emas di peringkat antarabangsa sejak 26 tahun lalu.

Ad

Kali terakhir The Lions mengalahkan Vietnam ialah final ASEAN Championship 1998 pada 5 September 1998.

Ad

Meskipun beraksi di Stadium Hang Day, itu tidak menghalang legenda Singapura, R. Sasikumar untuk meledakkan gol kemenangan buat pasukan itu.

Kejuaraan edisi 1998 menjadi sebahagian daripada empat kejayaan ASEAN Championship yang diraih The Lions dalam sejarah kejohanan.

Ad

Atas sebab itu, apabila Ogura diberitahu Singapura tidak pernah menewaskan Vietnam dalam tempoh 26 tahun, beliau hanya tersenyum sebelum berkata, “26 tahun, tiada kemenangan?”

Ad

Meskipun kelebihan memihak kepada pasukan ke-114 dunia itu, jurulatih Jepun itu melihat aksi ini sebagai peluang The Lions mencipta sejarah baru.

Ad

“Ia (sesuatu) yang sangat menarik dan bagi saya, (ini peluang Singapura) di mana sejarah itu perlu diubah dan dilakar,” tambahnya seperti dilaporkan The Straits Times.

Singapura bakal berdepan Vietnam di Stadium Jalan Besar pada 26 Disember ini. Ini kerana Stadium Nasional Singapura digunakan untuk konsert artis terkenal Singapura, JJ Lin pada 28 dan 29 Disember.

Meskipun beraksi di stadium berkenaan, The Lions tidak kalah di situ dalam tujuh perlawanan. Malah, stadium ini juga menjadi saksi Singapura mengikat Vietnam tanpa jaringan pada Disember 2022.