Tugas Berat Park Hang-seo Di Korea Selatan
MakanBola
VFF/FAM

Tugas berat digalas oleh bekas pengendali pasukan kebangsaan Vientam, Park Hang-seo bersama Korea Selatan.

Jurulatih berusia 67 tahun itu telah dilantik selaku naib presiden Persatuan Bolasepak Korea Selatan (KFA) menjelang aksi Piala Dunia 2026.

Beliau telah dinamakan sebagai salah seorang daripada 5 naib presiden KFA yang memulakan tugas pada 9 April lalu dengan tugasnya untuk membantu pasukan kebangsaan.

Presiden KFA, Chung Mong-gyu melabel bahawa Hang-seo merupakan individu penting buat Taeguk Warriors dalam misi untuk merekodkan pencapaian terbaik di pentas Piala Dunia 2026.

“Hang-seo memainkan peranan penting bagi persiapan Korea Selatan di Piala Dunia 2026,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Piala Dunia 2026 bakal menampilkan 48 buah pasukan dan dibahagikan kepada 12 kumpulan. Hanya 12 juara dan tempat kedua kumpulan termasuk 8 pasukan terbaik di tangga ketiga akan mara ke pusingan 32.

Hang-seo juga pernah menjadi pembantu jurulatih kepada Guus Hiddink yang menyaksikan Korea Selatan berjaya melangkah ke pentas separuh akhir Piala Dunia 2002 sebelum tewas kepada Jerman dengan keputusan 1-0.

Sejak dilantik bersama KFA, beliau menjalinkan kerjasama erat dengan Persatuan Bolasepak Universiti di Korea selain berkhidmat selaku penasihat kepada kelab Divisyen 2 Vietnam, Bac Ninh.

Malaysia di bawah kendalian Kim Pan-gon pernah melakar sejarah pada aksi terakhir Piala Asia 2023 di Qatar apabila mengikat Korea Selatan dengan keputusan 3-3.