Tugas Besar Syihan Hazmi
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia
Advertisements

Tugas besar menanti penjaga gol Malaysia, Ahmad Syihan Hazmi pada aksi final Pestabola Merdeka 2024.

Pemain berusia 28 tahun itu menikmati musim kedua penuh gemilang bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dan membantu pasukan untuk muncul juara Piala FA.

Advertisements

Bekas penjaga gol Negeri Sembilan ini terlepas panggilan terakhir kem negara susulan kecederaan kembali menjadi sandaran utama skuad negara.

Syihan beraksi cemerlang untuk membantu pasukan kendalian Pau Marti menewaskan Filipina dengan keputusan 2-1.

Advertisements

Tugas penting menanti anak kelahiran Kelantan ini untuk mengawal kubu kuat Harimau Malaya bagi menebus kehampaan tahun lalu apabila tewas kepada Tajikistan.

Beliau telah dibolosi sebanyak 5 kali dalam 3 penampilan terakhir bersama pasukan kebangsaan ketika menentang Oman dan Filipina.

Advertisements

Harimau Malaya akan bertemu Lubnan pada 8 September 2024 di SNBJ.

Malaysia mahu mendapatkan trofi pertama setelah tidak berjaya melakukannya sepanjang dua tahun 6 bulan bersama Kim Pan-gon sebelum ini.

Advertisements

News Comments Account