Tular 3 Foto Pemain Tinggalkan JDT, Ada Jordi Amat
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Tular 3 foto berkaitan perpindahan yang melibatkan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi musim akan datang.

Khabar angin mengenai perpindahan pemain Harimau Selatan mula bertiup kencang selepas dilaporkan terdapat beberapa pemain yang tidak lagi berada dalam perancangan pasukan.

Ad

Perkongsian terbaru oleh penganalisis bebas bola sepak Malaysia, Juan Budiman melaporkan mengenai beberapa pemain yang didakwa bakal meninggalkan JDT.

Ad

Ketua jurulatih, Hector Bidoglio dilaporkan tidak akan kekal sebagai pengendali pasukan sungguhpun membantu JDT untuk mengekalkan 4 trofi domestik yang dimenangi.

Antara watak yang dijangka meninggalkan pasukan ialah kapten pasukan, Jordi Amat selepas berdepan persaingan sengit untuk beraksi pada posisi pertahanan.

Ad

Keputusan luar jangka berlaku selepas pertahanan kiri JDT, Murilo Henrique yang menjadi watak utama pasukan turut dikaitkan dengan perpindahan keluar.

Ad

Bekas bintang Real Madrid, Jese Rodriguez yang baru sahaja menyertai pasukan bagi kempen ACLE juga dikatakan tidak akan kekal bersama pasukan.

Ad

Beberapa pemain baharu lain seperti Alvaro Gonzalez, Jonathan Viera dan juga Anselmo Moraes juga dikatakan tidak kekal bersama Harimau Selatan bagi musim baharu.

Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi daripada pihak kelab berhubung pemain yang bakal meninggalkan pasukan musim ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments