Tular Aksi Penyelamatan Paling Hebat Penjaga Gol Di Thailand
Asia Tenggara
True Bangkok United
Advertisements

Aksi seorang penjaga gol sebuah kelab di Thailand menyelamatkan bola dari menerjah ke gawangnya menjadi perhatian warga maya.

Perlawanan yang membabitkan True Bangkok United dan Chonburi dalam saingan Thai League 1 itu menjadi tular apabila penjaga gol Bangkok United, Patiwat Khammai berjaya menyelamatkan gawangnya meskipun sudah tertewas setelah menepis percubaan pertama lawan.

Kejadian yang berlaku di minit ke-66 itu menyaksikan pemain Chonburi melakukan percubaan menerusi tandukan dan berjaya ditepis oleh Patiwat menghasilkan bola muntah yang jatuh di hadapan Amadou Ouattara.

Advertisements

Ouattara tanpa dikawal menolak bola tersebut ke arah gawang Bangkok United namun Patiwat yang terbaring di atas garisan gol sempat menghalang bola tersebut daripada memasuki gol menggunakan peha beliau.

Keadaan kelam-kabut itu kemudiannya ditangani oleh barisan pertahanan Bangkok United dengan tenang dengan melakukan clearance bagi memberi masa buat Patiwat bangun dan bersedia semula.

Klip aksi penyelamatan tersebut dimuatnaik oleh warga maya di laman X dan mendapat tontonan tinggi sehingga mencecah ratusan ribu apabila turut disebarkan oleh wartawan terkemuka Thailand, Ta Lao.

Advertisements

Media sosial rasmi Bangkok United turut memuatnaik video berkenaan di laman Instagram dan ramai peminat memuji aksi tangkas penjaga gol kebangsaan Thailand berusia 30 tahun itu.

Keputusan akhir perlawanan tersebut menyaksikan Bangkok United membelasah Chonburi 6-0 hasil dua jaringan Willen Mota dan satu gol masing-masing daripada Bassel Jradi, Peerapat Notchaiya, Tassanapong Mhuaddarak dan Thossawat Limwannasthian.

Patiwat yang beraksi cemerlang mempertahankan kubunya daripada dibolosi sepanjang 90 minit permainan mendapat penilaian antara yang tertinggi iaitu 7.5 oleh Sofascore.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram