Tular Video Van Dijk Siku Pemain Fulham, Tiada Layangan Kad Merah
MakanBola
Liverpool FC
Sponsors

Kapten Liverpool, Virgil van Dijk cukup bernasib baik kerana tidak dilayangkan kad merah dalam aksi menentang Fulham baru-baru ini.

Aksi terbaru liga di Craven Cottage pada 6 April lalu menyaksikan The Cottagers meraih kemenangan mengejut 3-2 ke atas The Reds.

Ad

Ryan Sessegnon, Alex Iwobi dan Rodrigo Muniz mencetak nama sebagai penjaring Fulham. Liverpool membalas menerusi Alexis Mac Allister dan Luis Diaz.

Ad

Give Me Sport melaporkan van Dijk bernasib baik kerana beliau tidak dilayangkan kad merah oleh pengadil, Chris Kavanagh pada separuh masa kedua.

Ini kerana satu rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan bek tengah Belanda itu menyiku pemain tengah Fulham, Sander Berge pada minit ke-71.

Ad

Ramai peminat bola sepak percaya tindakan van Dijk menyiku kepala Berge sepatutnya membawa kepada layangan kad merah.

Ad

Insiden ini gagal dikesan oleh Kavanagh atau pegawai VAR, Matt Donohue. Walau bagaimanapun, van Dijk masih berpotensi dikenakan tindakan disiplin oleh Persatuan Bola Sepak (FA).

Ad

Sekiranya didapati bersalah, bekas bek tengah Celtic itu berpotensi dikenakan penggantungan tiga perlawanan. Sekiranya senario itu berlaku, itu bakal memberi tamparan hebat kepada Liverpool.

Ini kerana The Reds memerlukan 11 mata sekiranya mereka mahu menamatkan musim sebagai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2024/25.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments