Tunggakan Gaji Sarawak United: Posa Majais Janji Tak Lari
Dunia
Advertisements

Presiden Sarawak United, Datuk Posa Majais mengumumkan mahu melepaskan jawatannya kepada individu yang lebih layak dalam tempoh terdekat, tetapi berjanji hanya akan berbuat demikian selepas menyelesaikan segala hutang dan tunggakan gaji kelab itu.

Krisis kewangan yang kritikal menyebabkan Sarawak United sebelum ini tidak mendapat lesen kebangsaan untuk bermain di Liga Malaysia 2023, menyebabkan mereka terhumban ke saingan Liga M3.

Posa sedar akan tanggungjawabnya dan dipetik bercakap kepada BH Sukan, beliau mahu berundur dengan cara baik agar tidak timbul sebarang masalah berbangkit yang berpotensi merosakkan namanya di kemudian hari.

Advertisements

“Dalam keadaan yang tidak mengizinkan, saya perlu undur dalam masa terdekat tetapi saya akan tetap menyelesaikan apa sahaja masalah di bawah pengurusan saya. Saya tidak cabut lari ataupun lepas tangan kerana saya bukan jenis ‘hit and run’.

“Kalau saya lepas tangan pun, saya tidak mahu presiden baharu katakan yang Datuk Posa kena selesaikan nanti. Saya akan selesaikan baki tertunggak membabitkan gaji, cukai dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dianggarkan RM1 juta lebih.

Advertisements

“Saya juga berbesar hati untuk sedekahkan 65 peratus saham kepada FAS secara percuma supaya nama Sarawak United itu kekal,” katanya.

Tambahnya lagi, “Saya masih berminat untuk mencari kewangan bagi menyokong Sarawak tetapi kali ini bukanlah tanggungjawab saya 100 peratus untuk memberi sokongan. Siapa yang ambil jawatan, mereka kena cari duit juga.

Advertisements

“Saya akan kekal sebagai salah satu penaja dan menaja sebahagian dana kerana cinta terhadap bolasepak Sarawak itu sangat tinggi tetapi untuk memegang jawatan di dalam Sarawak United, biarlah orang lain,” ujarnya lagi.

Sebagai rekod, masalah tunggakan gaji di bawah pengurusan Posa bukanlah satu perkara baru, ia sudah beberapa kali terjadi tetapi situasinya lebih parah pada tahun ini sehingga memaksa dua pemain importnya Taylor Regan dan Sandro Mendonca melaporkan kepada FIFA.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram