Tunku Ismail & Bidoglio Bertemu, Pantau Latihan JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor turun memantau sesi latihan pasukan dan bertemu Hector Bidoglio.

Perkara ini dikongsikan oleh laman Johor Southern Tigers berkenaan perkembangan skuad Harimau Selatan menjelang sepak mula separuh akhir kedua Piala FA 2024.

Ad

JDT bakal melayan kunjungan Kedah Darul Aman pada 4 Ogos 2024 di Stadium Sultan Ibrahim dengan membawa kelebihan dua gol dari tempat lawan.

Ad

Juara bertahan Piala FA itu berjaya mengatasi Sang Kenari pada aksi pertama dengan keputusan tipis 2-1 dan bakal mengesahkan tempat ke final sekiranya menang di laman sendiri.

Kelibat Tunku Ismail berada pada sesi latihan JDT bersama ketua jurulatih, Hector Bidoglio selain beberapa watak lain seperti Kiko Insa turut serta.

Ad

JDT juga baru-baru ini mencatatkan keputusan seri kali pertama berdepan PDRM bagi aksi ke-7 Liga Super di Stadium Selayang.

Ad

Pasukan selatan tanah air itu juga kini rancak mempersiapkan pasukan menjelang aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) bermula September ini.