Tunku Ismail Jawab ‘Teori’ Padang Rumput Lembu Lemahkan JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor menjawab tuduhan bahawa padang rumput lembu melemahkan JDT.

Skuad kendalian Hector Bidoglio masih belum tewas dalam mana-mana perlawanan pada musim 2024/25 selepas membenam cabaran kelab China, Shanghai Shenhua.

Aksi antara Perak dan JDT bagaimanapun terpaksa ditunda buat kali kedua selepas padang di Stadium Ipoh tidak berada dalam keadaan baik dan berlecak akibat hujan.

Ad

Baginda dalam satu kenyataan menzahirkan kekecewaan atas kedegilan kelab di Malaysia untuk menukar rumput di stadium utama negeri masing-masing.

Ad

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) baru-baru ini mengumumkan bahawa telah menyalurkan geran keseluruhan bernilai RM4.6 juta kepada 10 negeri bagi pelaksanaan projek menaik taraf padang bola sepak dan sistem saliran di stadium.

8 negeri iaitu Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang, Terengganu, Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Melaka menerima geran penuh RM500,000 bagi proses penambahbaikan saliran dan penukaran rumput di stadium.

Ad
Ad

Walau bagaimanapun, dua negeri iaitu Perlis dan Kedah hanya menerima RM300,000 kerana untuk menaik taraf sistem saliran.

Ad

DYAM Tunku Ismail mencadangkan agar stadium negeri di Malaysia sekurang-kurangnya menggunakan rumput jenis Bermuda seperti Terengganu.

“Kalau tak nak tukar Zeon Zoysia, tukar kepada bermuda macam Terengganu FC. Dua-dua jenis rumput berasaskan pasir.

“Apabila hujan, tak berlumpur. Masalah rumput lembu adalah berasaskan tanah dan apabila hujan, air bertakung atau berlumpur,” jelas baginda.

Baginda juga menafikan bahawa teori pasukan lawan menggunakan rumput lembu adalah semata-mata untuk melemahkan JDT.

“Ada juga saya dengar teori yang mengatakan cow grass memberi kelemahan kepada JDT. Tuan-tuan, JDT belum kalah aksi tempat lawan dalam liga sejak Mac 2018.

“6 tahun belum kalah atas rumput lembu. Jadi tolonglah berfikir secara professional dan meningkatkan infra bola sepak negara,” tambah DYAM Tunku Ismail.

Di Malaysia, hanya tiga buah stadium menggunakan rumput terbaik iaitu Stadium Sultan Ibrahim dan SNBJ (Zeon Zoysia) dan Terengganu (Bermuda) selain Stadium Larkin kini menggunakan rumput jenis hibrid.