Tunku Ismail Kurnia Duit Raya Kepada Skuad Harimau Malaya
MakanBola
Malaysia NT
Sponsors

Barisan pemain Harimau Malaya tersenyum lebar apabila menerima duit raya daripada DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Baginda berkenan mengurniakan duit raya kepada barisan anak buah Peter Cklamovski itu di Padang Seri Gelam selepas aksi pertama kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal.

Ad

Tunku Ismail turut mengurniakan duit raya kepada barisan staf kejurulatihan dan staf sokongan pasukan.

Ad

Ini dilihat sebagai tanda penghargaan buat Harimau Malaya kerana membuka tahun 2025 dengan kemenangan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Malaysia menewaskan Nepal 2-0 dalam aksi pertama Kumpulan F. Hector Hevel menceriakan Ekor Harimau Malaya dengan gol pertamanya di peringkat antarabangsa.

Ad

La’Vere Corbin Ong menyumbat gol kedua skuad negara pada separuh masa kedua. Ini gol pertama beliau sejak aksi Pestabola Merdeka menentang India pada 2023.

Ad

Keputusan ini menyaksikan Malaysia di tangga kedua kumpulan di belakang pendahulu, Vietnam. Vietnam mengetuai Kumpulan F selepas membelasah Laos 5-0.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments