Tunku Ismail Mahu Kelab-Kelab Contohi Kuching City & Selangor
MakanBola
JST/KCFC
Sponsors

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail tegaskan kepentingan bagi mencari individu yang memahami bola sepak untuk uruskan kelab seperti Kuching City & Selangor.

Terdahulu, Tunku Ismail tampil melontarkan teguran terhadap segelintir pasukan di Liga Malaysia yang mengabaikan tugas dan tanggubgjawab untuk melunaskan gaji kepada pemain-pemain.

Ad
Sponsors

Malah, Baginda turut mengingatkan agar bijak menguruskan kewangan kelab dengan cara tidak berbelanja lebih daripada kemampuan serta bajet yang ditetapkan untuk setiap musim.

Ad

“Apa susah? Bayar gaji, dan jangan belanja lebih daripada kemampuan,”

Lantaran itu, Tunku Ismail dalam hantaran yang sama turut menggesa pasukan-pasukan di Liga Malaysia agar mencari individu yang memahami bola sepak seperti mana Kuching City dan Selangor.

Ad

“Cari orang yang minat dan faham bola menguruskan kelab bola sepak. Belanja secara berhemah. Contohi Kuching City dan Selangor,” ulas Baginda.

Ad

Kedua-dua kelab itu disifatkan berjaya mengawal perbelanjaan dan memberi keutamaan kepada pengurusan kewangan yang seimbang tanpa mengabaikan prestasi pasukan.

Ad

Kenyataan baginda hadir ketika isu kelewatan pembayaran gaji dan pengurusan kewangan yang lemah masih membelenggu beberapa pasukan di dalam liga tempatan.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments