DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor meraikan legenda Itali, Francesco Totti menerusi jamuan makan malam pada Jumaat.
Perkara ini dikongsikan Tunku Ismail menerusi satu hantaran di platform rasmi baginda.
“Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor telah mengadakan jamuan makan malam bersama Francesco Totti, legenda AS Roma dan pemenang Piala Dunia 2006 bersama Itali di Johor Bahru pada hari ini, 2 Januari 2026.
“Penyerang legenda tersebut berada di Johor untuk bertemu DYAM Pemangku Sultan Johor dan melawat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim. Allah Peliharakan Sultan,” katanya di X.
Tunku Ismail sudah memberi petunjuk bahawa legenda AS Roma itu akan mengadakan lawatan ke bumi Johor.
Ini berdasarkan komen baginda di Instagram Totti sehari sebelumnya. “Legenda, jumpa lagi,” katanya ringkas.
Jamuan tersebut turut menyaksikan Totti menghadiahkan jersi yang mengandungi tandatangan beliau kepada Tunku Ismail.
Totti cukup dikenali kerana kesetiaannya bersama Giallorossi. Beliau merekodkan 785 penampilan, 307 gol dan 205 bantuan gol untuk kelab itu.
Totti juga menjadi sebahagian daripada skuad Azzurri yang bergelar juara Piala Dunia 2026.