Tunku Ismail & Raja Muda Johor Beraksi Bersama Bintang JDT
MakanBola
YAM Che Puan Khaleeda

DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor meraikan hari keputeraan Raja Muda Johor, DYAM Tunku Iskandar ibni Tunku Ismail dengan beraksi bersama Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC).

Ini berdasarkan siri gambar yang dimuat naik isteri baginda, YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Bustamam di platform Instagram baru-baru ini.

Ad

Siri gambar tersebut menunjukkan Tunku Ismail dan Tunku Iskandar beraksi dalam satu kejohanan iaitu Leo’s Champions League. Menariknya, aksi tersebut turut disertai ramai bintang Harimau Selatan.

Ad

Antara yang beraksi dalam perlawanan itu ialah Bergson da Silva, Eddy Israfilov, Oscar Arribas, Park Jun-heong, Andoni Zubiaurre dan Jese Rodriguez.

Aksi ini diadakan bagi meraikan ulang tahun keputeraan Tunku Iskandar yang ketujuh baru-baru ini. Dalam hantaran yang sama, Che’ Puan Mahkota Khaleeda turut mendoakan agar puteranya sentiasa mendapat keberkatan dan kejayaan dalam hidupnya.

Ad

Aksi ini menunjukkan betapa eratnya hubungan Tunku Ismail sebagai pemilik kelab dengan barisan pemain Harimau Selatan.

Ad

JDT kini fokus dengan persiapan menentang Selangor FC dalam aksi terbaru liga pada 27 Oktober ini. Aksi ini dilihat peluang buat Harimau Selatan selepas mengalami kekalahan pertama di tangan Gwangju pada 22 Oktober lalu.

Ad