Tunku Ismail: Saya Tak Kenal Orang Ini
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail Pemangku Sultan Johor menjawab segala isu yang timbul di laman sosial ketika ini.

Usaha merevolusikan Harimau Malaya hasil sentuhan Baginda telah bermula apabila Peter Cklamovski dan Nafuzi Zain dilantik untuk mengemudi skuad kebangaaan dan B-23 negara.

Ad

DYAM Tunku Ismail memberi maklum balas selepas pemain Newcastle United, Isaac Hayden didakwan memiliki pertalian darah dengan Malaysia dan menjelaskan bahawa usahanya adalah hasil permintaan kerajaan dan badan induk FAM.

Ad

“Saya tiada sumber rapat. Saya tidak kenal orang atau page ini. Saya tiada kaitan dengan sesiapa dan mana-mana pihak.

“Saya hanya diminta bantu kerajaan Malaysia, KBS, FAM dan bekerja dengan pasukan saya sendiri untuk membantu pasukan kebangsaan dalam struktur, kemudahan latihan, teknologi, pendedahan dan kenalan dengan organisasi bola sepak berjaya yang saya kenali,” katanya di X.

Ad

Baginda juga mengingatkan bahawa hanya dirinya ada untuk membantu Harimau Malaya maju ke tahap yang lebih tinggi.

Ad

“Kalau fikir secara rasional dan berdasarkan fakta. saya satu-satunya yang anda ada. Yang lain setakat bercakap, tak sanggup beri sokongan kewangan dan kenalan mereka pun tak seberapa. 

Ad

“Saya ada infrastruktur, alhamdulillah rezeki, dan kenalan dengan dunia bola sepak secara global dan berjaya. Saya satu-satunya yang anda ada buat masa ini,” tambah Tunku Ismail dalam satu ciapan di laman X.

Persiapan Malaysia kini diteruskan bagi aksi Kelayakan Piala Asia 2027 yang bakal bermula pada Mac ini setelah tersingkir dari saingan ASEAN Championship.

Ujian pertama Harimau Malaya adalah berdepan Nepal di gelanggang lawan pada 25 Mac 2024.