Tunku Ismail: Sentiasa Salah Orang Lain, Sentiasa Ada Kambing Hitam
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor telah memberikan komen selepas JDT menewaskan Selangor FC dalam aksi Liga Super baru-baru ini.

Baginda berkata sikap tak pernah menyalahkan diri sendiri dan menyalahkan orang lain hadir apabila kegagalan kita untuk merancang dan ianya merupakan kelemahan diri sendiri.

Ad

“Sikap tak pernah salah sendiri. Sentiasa salah orang lain. Sentiasa ada kambing hitam. Hari kita mengambil sikap tanggungjawab dan terima hakikat, adalah hari segala-galanya berubah.

Ad

“Kegagalan merancang dan kerja keras adalah kelemahan sendiri,” jelas baginda seperti yang disiarkan di Instagram Story, HRH Crown Prince Of Johor.

Sebelum ini baginda juga telah memberikan ucapan usai tamat aksi bertemu Selangor di Stadium MBPJ yang mana menyaksikan JDT menang selesa 3-0.

Ad

“Syabas JDT. Kami bersama tidak kira apa dan terus bekerja keras. Ia tidak pernah berjalan secara pecut, Ia adalah maraton. Fokus aksi seterusnya. Alhamdulillah,” coret DYAM Tunku Ismail.

Ad

Dengan kemenangan ke atas Selangor itu, JDT kini semakin menjarakkan kedudukan dengan Selangor di tangga kedua dengan kini jurang semakin meningkat kepada 8 mata.

Ad