Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail menerima jemputan khas bagi melawat pusat latihan pasukan gergasi Eropah, Paris Saint-Germain (PSG).
Menerusi satu hantaran di laman media sosial, Baginda dilihat berada di pusat latihan kelab serba canggih yang dikenali sebagai PSG Campus di atas kapasiti tetamu khas oleh Presiden Kelab, Nasser Al-Khelaifi.
Selain itu, Nasser Al-Khelaifi turut mengundang DYAM Tunku Ismail bagi menyaksikan perlawanan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) antara PSG dan Aston Villa di Parc des Princes malam ini.
Turut hadir bersama Baginda adalah Tim Cahill, Penasihat Khas kepada DYAM Tunku Ismail, Sonny Bill Williams, Duta Sukan Johor, Luis Garcia, Ketua Pegawai Eksekutif JDT dan Kiko Insa, Pengarah Sukan JDT.