Tunku Ismail Titip Pesan Buat Johan Ghazali
UltraSukan
JST/Johan Ghazali

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor meninggalkan satu pesanan cukup berharga buat petinju handalan Malaysia, Johan Ghazali di media sosial.

Johan Ghazali atau lebih mesra disapa Jojo telah memuat naik beberapa keping foto di laman Instagram milik beliau bersama topi JDT edisi khas keluaran jenama mewah, John Hatter & Co.

Menariknya, topi yang dipakai Jojo merupakan edisi terhad, iaitu topi aluminium premium Edisi Khas TMJ ‘THE GAME IS RIGGED’ yang boleh didapati di stor JDT Direct dan terhad kepada 20 unit sahaja.

Ruangan komen menjadi tumpuan apabila Tunku Ismail meninggalkan pesan penuh makna buat Johan Ghazali susulan perhatian dan sokongan yang makin meningkat terhadap atlet tersebut.

Baginda turut mengingatkan bahawa dalam perjalanan mengejar kejayaan, pasti akan ada pihak yang mencari alasan untuk menjatuhkan, namun hanya segelintir yang benar-benar hadir untuk menyokong dan mengangkat.

”Ramai akan mencari sebab untuk membenci, tetapi hanya segelintir yang mampu mengangkat (menaikkan diri),” pesan Tunku Ismail di ruangan komen.

Teruskan jadi diri sendiri, Sang Juara. Semoga Allah memberkati kamu,” tambah Baginda lagi.

Komen Tunku Ismail Johan Ghazali Tunku Ismail Titip Pesan Buat Johan Ghazali
Instagram: Johan Ghazali

Selain Tunku Ismail, hantaran Jojo turut mendapat komen daripada penyanyi rap terkenal tanah air, Joe Flizzow.