DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dengan mengucapkan tahniah kepada Buriram United.
Aksi separuh akhir pertama Shopee Cup menyaksikan pelawat meraih kelebihan dua gol dengan menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) 3-1.
Dua gol Guilherme Bissoli dan Goran Causic memastikan anak buah Mark Jackson ceria di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). JDT membalas menerusi gol cantik Ager Aketxe.
Meskipun tewas, ASEAN Football melaporkan baginda bukan saja menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dengan mengucapkan tahniah kepada Thunder Castle.
Malah, Tunku Ismail turut menyatakan rasa hormat kepada pasukan itu. Ini berdasarkan tangkap layar komen baginda kepada Buriram United di Instagram.
“Tahniah. Sentiasa mempunyai rasa hormat yang tinggi buat anda (Buriram United). Ia satu penghormatan untuk bermain menentang anda di Johor,” katanya.
JDT masih berpeluang menempah tiket final menerusi aksi timbal balik di Thailand pada 13 Mei. Hal itu masih boleh dicapai dengan syarat anak buah Xisco Munoz mengatasi kelebihan agregat Buriram.