Tutup Pintu Stadium Sebaik Perlawanan Bermula Antara Idea Difikirkan Zamsaham
Dunia
TRW Kelantan FC
Advertisements

Buat pertama kali dalam tempoh beberapa tahun, Stadium Sultan Muhammad Ke-IV dilimpahi lautan penyokong.

Statistik rasmi mencatatkan lebih 20 ribu penyokong hadir bagi menyaksikan perlawanan suku akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan JDT – situasi yang mungkin kali terakhir disaksikan sekitar tahun 2015 sebelum jatuhnya legasi The Red Warriors yang dibina Tan Sri Annuar Musa.

Berikutan kebanjiran penyokong, keadaan menjadi sedikit tidak terkawal dan tidak terurus di setiap pintu masuk dengan ada penyokong mendakwa sehingga perlawanan bermula pun masih belum dapat masuk ke dalam stadium, selain beberapa kelemahan lain.

Advertisements

Ianya sampai ke pengetahuan pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman (Zamsaham) yang berjanji mencari jalan penyelesaian terbaik untuk memastikan situasi sama tidak berulang pada musim baru nanti.

“Tiket yang terjual semalam adalah 20,011. Dikesan ada ulat tiket menjual semula tiket (yang sudah digunakan) serta kelemahan sistem penjaga pintu keluar masuk.

“Untuk ke depan, saya dah minta team untuk perbaiki kelemahan yang ada termasuk tutup pintu sejurus pertandingan bermula,” ujar Zamsaham.

Advertisements

Bagaimanapun idea Zamsaham untuk menutup pintu masuk sebaik perlawanan bermula tidak mendapat respon yang positif dengan rata-rata penyokong meminta alternatif lebih bijak difikirkan.

“Ada penyokong yang sampai lewat ke stadium, kadang-kadang selepas 30 minit perlawanan berlangsung, mungkin faktor jalan jem, cari parking, atau apa sahaja urusan lain. Saya sendiri pernah tamat separuh masa baru sampai stadium. Berbanding menutup pintu, mungkin lebih baik tiket yang sudah digunakan itu dikoyakkan,” ujar Muhd Aiman.

Seorang lagi penyokong, Imran Junior turut menyokong pendapat itu, “Kenapa lepas check tiket tak koyak sahaja, biasanya (sebelum ini) tiket dikoyak dan bagi separuh untuk dipegang.”

Advertisements

Terdapat juga penyokong yang memberi idea supaya melaksanakan penjualan tiket secara online.

“Kena upgrade pakai sistem QR Code, imbas (scan) melalui telefon jer. Yang penting yang jaga pintu masuk kena telus. Mungkin makan modal, tapi bagus untuk jangka panjang,” ujar Adrean Tuah.

Firdaus Ibrahim pula menyatakan, “Tiket pakai sistem QR code, jangan bagi ruang ulat tiket buat duit. Perkemaskan sistem tiket sebab semalam terlalu padat. Buat kerjasama dengan pasukan keselamatan seperti PDRM dan lain-lain pihak berwajib. Bukan apa bayar tiket tapi tak boleh tengok game tak guna jugak.”

Advertisements

Manakala komen oleh Ismail Aman pula, “Buat seperti SSI (Stadium Sultan Ibrahim). Setel, semuanya dijual secara online. Selesa buat penyokong sebab tak payah buang masa beratur. Orang balik kerja pun boleh singgah tengok bola.”

Dengan kekalahan 0-3 kepada JDT pada Sabtu, ia hampir pasti menjadi aksi terakhir Kelantan di Kota Bharu musim ini dan pengurusan Kelantan FC sudah boleh mencongak langkah untuk memperbaiki segala kelemahan bermula sekarang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram