Ubaidullah Shamsul Antara 3 Watak Kapten Di Piala Asia B-23
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pemain pertahanan meningkat naik Terengganu FC, Ubaidullah Shamsul antara tiga watak yang diberikan lilitan kapten Harimau Malaya sepanjang kempen Piala Asia B-23 di Qatar.

Bek tengah versatil yang turut mampu bermain selaku pemain tengah bertahan itu berjaya meraih kepercayaan ketua jurulatih, Juan Garrido Torres bagi memikul tugas berat tersebut.

Selain Ubaidullah, dua lagi pemain yang diberikan kepercayaan adalah pemain penting buat pasukan Selangor pada musim lalu.

Advertisements

Mukhairi Ajmal dan Harith Haiqal berada dalam senarai kapten setelah menampilkan kematangan sewaktu bermain untuk skuad Gergasi Merah walaupun masih diusia muda.

Mukhairi Ajmal yang merupakan kapten buat pasukan bawah 23 tahun Malaysia sebelum ini turut merupakan pemain utama Selangor apabila merekodkan 24 penampilan liga musim lalu.

Bek tengah Selangor, Harith Haiqal turut memiliki rekod cemerlang bersama pasukan senior apabila diturunkan dalam 21 aksi liga musim lalu dan berjaya menyumbang 3 gol penting buat Selangor.

Advertisements

Pemenang Piala MFL musim lalu, Ubaidullah Shamsul juga tidak asing buat skuad bawah 23 tahun Malaysia setelah pernah memakai lilitan kapten sewaktu bertemu Thailand dalam aksi penentuan tempat ketiga Piala AFF B-23 tahun lalu.

Ubaidullah juga semakin mendapat tempat dalam skuad utama Terengganu dibawah kendalian Tomislav Steinbruckner apabila diberikan peluang bermain dipentas Piala AFC.

Ketiga-tiga pemain ini akan memimpin pasukan Harimau Malaya dalam mendepani cabaran bertemu 3 pasukan hebat iaitu Uzbekistan, Kuwait serta Vietnam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram