Ubaidullah Shamsul Mahu Beraksi Di Asia
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia
Advertisements

Pemain pertahanan Terengganu FC, Ubaidullah Shamsul Fazili berharap dapat memperaga prestasi mantap dalam Piala AFF B-23 agar dapat beraksi dalam saingan Piala AFC 2023-2024.

Musim ini, Ubaidullah merekodkan tiga penampilan dalam semua kejohanan termasuk Piala Malaysia. Dan seperti pemain-pemain lain, beliau juga tidak mahu ketinggalan beraksi di peringkat benua itu.

Advertisements

Atas sebab itu, persembahannya untuk skuad B-23 negara diharap dapat menyakinkan jurulatih skuad Peteh, Tomislav Steinbruckner untuk menyenaraikannya dalam senarai pemain yang menyertai Piala AFC.

“Ya, sudah semestinya. Saya akan tunjukkan performance (prestasi) saya kepada coach (jurulatih) (Tomislav Steinbruckner) tahun ini. Insya Allah kalau ada rezeki, saya akan main dalam (Piala) AFC,” katanya kepada MakanBola semalam.

Advertisements

Terengganu FC merupakan satu daripada dua wakil Malaysia yang beraksi dalam Piala AFC. Satu lagi wakil negara ialah skuad Sabah FC dengan kejohanan itu bakal bermula pada bulan hadapan.

Ubaidullah dan rakan-rakan sepasukannya bakal membuka saingan Malaysia dengan aksi pertama Kumpulan B Piala AFF B-23 menentang Indonesia pada 18 Ogos ini.

Advertisements

News Comments Account