Ubaidullah Shamsul Yakin Taktikal Perak Akan Berbeza
MakanBola
Terengganu FC
Sponsors

Pemain pertahanan muda Terengganu, Ubaidullah Shamsul yakin taktikal Perak akan berbeza untuk pertembungan kali kedua menentang Terengganu.

Terengganu dan Perak akan bertemu sekali lagi dalam perlawanan pusingan 16 Piala FA pada 14 Jun kelak setelah bertemu pada 11 Mei lalu untuk aksi pertama Liga Super.

Ad

Perlawanan lalu berkesudahan dengan kemenangan selesa 3-1 Terengganu ke atas Perak hasil jaringan Nurillo Tukhtasinov, gol sendiri Shivan Pillay, Nnabuike Chijioke manakala gol penalti Perak oleh Luciano Guaycochea.

Ad

Pemain pertahanan berusia 21 tahun itu meramalkan Perak akan tampil lebih agresif berbanding perlawanan sebelumnya memandangkan ini adalah perlawanan kalah mati.

“Perlawanan pada Jumaat ini adalah perlawanan yang penting untuk kita kerana ianya saingan kalah mati dan ini pula kali kedua kita bertemu dengan pasukan Perak FC pada musim ini. Saya yakin mereka akan tampil dengan taktikal berbeza berbanding perlawanan pertama mereka.

Ad

“Saya jangkakan Perak FC akan tampil lebih agresif dan kita perlu sentiasa fokus bagi memastikan mereka tidak mendapat sebarang ruang untuk mendapatkan jaringan dan kemenangan di Terengganu sekaligus kita ingin kekalkan rekod positif kita di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Ad

“Jika ketua jurulatih menurunkan saya pada perlawanan ini semestinya saya ingin memberikan komitmen penuh untuk membantu rakan-rakan sepasukan.

Ad

“Saya juga mempunyai misi tersendiri untuk menyekat pemain pasukan lawan dari dapat membolosi gawang pasukan kita dalam saingan ini.

“InsyaAllah dengan semangat juang rakan-rakan dan ribuan penyokong yang hadir, kita bakal melakar keputusan yang positif dalam perlawanan ini. Saya yakin, doa dan usaha adalah senjata utama kita.” ujar Ubaidullah Shamsul.

Skuad Sang Penyu ketika ini telah merekodkan dua kemenangan bertemu Kelantan Darul naim dan Perak dan satu keputusan seri menentang Penang dalam tiga aksi pertama Liga Super 2024/2025.