Ucapan Tunku Ismail Selepas JDT Tewaskan Selangor 3-0
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Ucapan Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor selepas pasukannya menewaskan Selangor.

Skuad kendalian Hector Bidoglio merakamkan kemenangan 3-0 ke atas Gergasi Merah di Stadium MBPJ untuk menjarakkan diri 8 mata dengan Selangor.

Ad

Pengendali kelahiran Argentina itu melihat bahawa anak buahnya berjaya menerapkan falsafah yang dimahukan untuk melebarkan rekod tanpa kalah pasukan musim ini.

Ad

“Kami perlu terus bekerja untuk menambah baik pasukan dan beraksi sebagai satu pasukan. Kami beraksi di Liga Super, Piala Malaysia dan ACLE.

“JDT beraksi hampir 3-4 hari sekali. Jadi, saya perlu menentukan sebaik mungkin pemain yang bakal diturunkan. 3 mata ini penting tetapi fokus kami adalah satu aksi ke satu aksi kerana musim masih panjang,” jelasnya selepas perlawanan.

Ad

Kemenangan itu meraih perhatian DYAM Tunku Ismail yang melihat bahawa kerja keras pemain JDT terus membuahkan hasil.

Ad

“Syabas JDT. Kami bersama tidak kira apa dan terus bekerja keras. Ia tidak pernah berjalan secara pecut, Ia adalah maraton. Fokus aksi seterusnya. Alhamdulillah,” ujar DYAM Tunku Ismail.

Ad

Kemenangan itu membolehkan JDT menjarakkan diri 8 mata dengan Selangor bagi saingan Liga Super sebelum berkunjung ke Negeri Sembilan bagi aksi berikutnya.