UCL: Barcelona Ke Separuh Akhir, Sekat Kebangkitan Borussia Dortmund
MakanBola
FC Barcelona
Sponsors

Kebangkitan lewat Borussia Dortmund tidak cukup untuk menghalang Barcelona mara ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara UEFA (UCL).

Selepas dibelasah 4-0 dalam aksi suku akhir pertama, Der BVB perlu menyumbat sekurang-kurangnya lima gol untuk mengatasi defisit berkenaan.

Ad

Ronald Araujo mengetuai bahagian pertahanan Barca. Serhou Guirassy terus diberi kepercayaan mengetuai jentera serangan Dortmund.

Separuh masa pertama menyaksikan Der BVB dianugerahkan sepakan penalti oleh pengadil Itali, Maurizio Mariani.

Ad

Ini selepas penjaga gol Barcelona, Wojciech Szczesny didapati menjatuhkan Pascal Gross pada minit ke-10. Insiden itu turut disahkan oleh pegawai VAR, Marco di Bello.

Ad

Guirassy tenang menewaskan Szczesny bagi membolehkan Der BVB mendapat talian hayat dalam aksi suku akhir kedua kejohanan.

Ad

Barcelona bernasib baik mereka tidak dibolosi buat kali kedua pada minit ke-30. Tandukan Maximilian Beier selepas menerima hantaran Gross berjaya diselamatkan Szczesny.

Dortmund terus memberi tekanan kepada Barcelona tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Der BVB meningkatkan tekanan ke atas kubu pertahanan pelawat untuk memburu gol kedua.

Hasilnya, Guirassy menyudahkan hantaran Daniel Svensson untuk menggandakan kelebihan tuan rumah pada minit ke-48.

Keceriaan kem Der BVB hanya bertahan selama enam minit. Ramy Bensebaini bernasib malang apabila tertolak bola hantaran Fermin Lopez ke dalam gawang sendiri.

Gol tersebut kembali memberi tekanan kepada Dortmund memburu gol seterusnya. Guirassy mencipta hatrik pada minit ke-76 untuk menjadikan kedudukan agregat 5-3.

Der BVB terus memberi tekanan kepada Barca tetapi keputusan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan. Barcelona mara dengan kelebihan agregat 5-3.

Anak buah Hansi Flick bakal bertemu sama ada Bayern Munich atau Inter Milan di peringkat separuh akhir. Sofascore memilih Szczesny sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 8.0.

Selepas ini, Barca akan menentang Celta Vigo pada 19 April. Der BVB pula akan menentang Borussia Monchengladbach pada 20 April.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments