UCL: Inter Milan Bangkit Saat Akhir Ke Final, Halang Cita-Cita Besar Barcelona
MakanBola
FC Barcelona
Sponsors

Aksi separuh akhir UEFA Champions League (UCL) penuh dramatik menyaksikan Inter Milan berhasil ke final setelah menyingkirkan FC Barcelona.

Pertembungan di San Siro ini dinanti-nantikan peminat bola sepak seluruh dunia bagi menentukan satu pasukan ke final setelah Barcelona dan Inter Milan terikat seri 3-3 dalam aksi pertama lalu.

Ad
Sponsors

Kesebelasan utama Barcelona menampilkan pemain-pemain muda berbakat seperti Lamine Yamal, Pau Cubarsi dan Pedri manakala duo Lautaro Martinez dan Marcus Thuram menjadi taruhan utama Inter Milan.

Ad

Tuan rumah terlebih dahulu ceria apabila berhasil membolosi gawang Barcelona menerusi jaringan ketua pasukan, Lautaro Martinez yang menyudahkan lorongan oleh Denzel Dumfries pada minit ke-21.

Ad

Sebelum rehat, Inter Milan menggandakan kelebihan dengan gol kedua hasil sepakan penalti yang diberikan oleh pengadil dan Hakan Calhanoglu tidak mensia-siakan peluang itu untuk meledak jaringan.

Ad

Separuh masa pertama tamat dengan Inter Milan memiliki kelebihan dua jaringan mengatasi Barcelona.

Ad

Kembali dari bilik persalinan, Barcelona tidak perlukan masa yang lama bagi mencetak jaringan pertama apabila hantaran bek kiri muda, Gerard Martin disambar oleh Eric Garcia pada minit ke-54.

6 minit berselang, tonggak tengah, Dani Olmo kemudiannya menjaringkan gol penyamaan buat Barcelona hasil tandukan yang berpunca dari hantaran silang oleh Gerard Martin dari sebelah kiri.

Suasana di stadium sunyi seketika apabila Barcelona berjaya melengkapkan misi kebangkitan dengan jaringan ke-3 pada minit ke-87 hasil percubaan kaki kanan oleh Raphinha untuk menewaskan Yann Sommer.

Gol tersebut bagaimanapun tidak bertahan lama ketika mana Inter Milan kembali mengikat kedudukan 3-3 hasil penyudah Francesco Acerbi di minit ke-93 untuk mengheret permainan ke masa tambahan.

Aksi 90 minit berakhir dengan keputusan 3-3 buat kedua-dua pasukan yang menyaksikan perlawanan dilanjutkan ke tambahan masa 30 minit.

Pemain gantian, Davide Frattesi muncul wira buat Inter Milan apabila menjaringkan gol kemenangan yang juga jaringan ke-4 di minit ke-99 sekaligus membantu tuan rumah tundukkan Barcelona.

Pertarungan 120 minit di San Siro berakhir dengan keputusan 4-3 memihak Inter Milan yang menyaksikan I Nerazzurri layak ke perlawanan akhir UCL hasil agregat 7-6.

Menanti Inter Milan di final UCL adalah pemenang antara PSG dan Arsenal yang akan bertemu dalam satu lagi aksi separuh akhir pada awal pagi Khamis di Parc de Princes.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments