Paris Saint-Germain (PSG) berjaya menumbangkan Arsenal dalam aksi separuh akhir pertama UEFA Champions League (UCL).
Pertemuan di Stadium Emirates pasti menjadi tumpuan ramai dengan Arsenal melangkah mara ke separuh akhir UCL untuk kali pertama sejak 2009 dan berdepan PSG di laman sendiri terlebih dahulu.
Kesebelasan utama Arsenal dibarisi pemain-pemain utama seperti Bukayo Saka, William Saliba dan David Raya tatkala Ousmane Dembele mengetuai jentera serangan PSG untuk memburu jaringan.
Pelawat tidak perlu menunggu lama untuk mendahului pada minit ke-4 aksi apabila Ousmane Dembele melepaskan satu percubaan yang berjaya menewaskan David Raya di gawang Arsenal.
Usaha kedua-dua pasukan untuk memburu jaringan selepas itu tampak tidak membuahkan hasil dengan Arsenal malang kerana PSG kekal mempertahan kelebihan gol awal hingga rehat.
Separuh masa pertama tamat, Arsenal 0-1 PSG.
Bersambung babak kedua, skrip sama seakan berulang buat pasukan Arsenal yang miliki banyak peluang untuk mencetak gol namun disia-siakan selain persembahan hebat penjaga gawang PSG.
Beberapa pertukaran penting dilakukan di penghujung aksi akan tetapi itu sudah terlambat untuk pasukan PSG pulang membawa bekalan satu jaringan dari gelanggang Arsenal ini.
Aksi di Stadium Emirates berakhir dengan keputusan 1-0 memihak PSG.
Keputusan ini menyaksikan PSG membawa bekalan satu gol menjelang perlawanan timbal balik kedua di Paris pada 8 Mei hadapan.