Satu lagi aksi separuh akhir UEFA Champions League (UCL) menyaksikan PSG menyingkirkan Arsenal untuk mara ke final.
Tumpuan para peminat bola sepak ketika ini pastinya terarah kepada pertemuan ini bagi menentukan satu lagi kelab yang akan mara ke final UCL dengan PSG miliki kelebihan agregat berbanding Arsenal.
Nama-nama seperti Ousmane Dembele, Fabian Ruiz serta Marquinhos kekal di dalam senarai pemain PSG sementara Arsenal tagih bisa Gabriel Martinelli dan Bukayo Saka bagi memburu jaringan.
Hanya satu jaringan terhasil di babak pertama menerusi gol pemain tengah PSG, Fabian Ruiz yang berjaya menewaskan penjaga gawang Arsenal, David Raya pada minit ke-27 untuk tuan rumah di hadapan.
Separuh masa pertama tamat, PSG 1-0 Arsenal.
Kembali dari rehat, PSG menambah kelebihan pada minit ke-72 apabila hantaran satu dua bersama Ousmane Dembele disudahkan dengan baik oleh Achraf Hakimi untuk mengatasi David Raya.
Gol saguhati berjaya diraih oleh Arsenal 4 minit selepas itu menerusi sentuhan Bukayo Saka namun itu semua sudah pun terlambat untuk menghalang kemenangan pasukan PSG.
Aksi di Parc de Princes berakhir dengan keputusan 2-1 memihak PSG dan secara agregat tuan rumah menang 3-1.
Keputusan ini menyaksikan PSG mara ke perlawanan akhir UCL buat kali kedua dalam sejarah selepas musim 2019- 2020 dan akan menentang Inter Milan yang menewaskan Barcelona semalam.