UCL: Real Madrid Jadi Mangsa Kejutan Arsenal
MakanBola
UEFA
Sponsors

Arsenal meraih kelebihan awal dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara UEFA (UCL) apabila mengejutkan Real Madrid 3-0 di Stadium Emirates.

Kedua-dua pasukan sedar mereka perlu menang dalam aksi suku akhir pertama. Ini kerana sebarang gol yang diraih bakal memberi kelebihan dalam aksi timbal balik di Bernabeu.

Ad

The Gunners terus mengekalkan gandingan William Saliba dan Jacob Kiwior di posisi bek tengah. Luka Modric membuat penampilan ke-133 buat Los Blancos di pentas UCL.

Separuh masa pertama menyaksikan Arsenal menyangka mereka sepatutnya dianugerahkan sepakan penalti pada minit ke-15.

Ad

Ini selepas sepakan deras Declan Rice didakwa terkena tangan bek tengah muda Real Madrid, Raul Asencio. Walau bagaimanapun, tiada sepakan penalti diberi kepada tuan rumah.

Ad

Vinicius Jr hampir meletakkan Los Blancos di hadapan enam minit selepas itu. Malangnya, rembatan lencong yang cuba dihasilkan penyerang Brazil itu tersasar.

Ad

Bintang muda England, Jude Bellingham juga terlepas peluang meletakkan Real Madrid di hadapan pada minit ke-32. Ini kerana rembatannya berjaya diselamatkan penjaga gol The Gunners, David Raya.

Usaha keras yang dipamerkan barisan pertahanan tuan rumah diketuai Saliba dan Kiwior memastikan keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada separuh masa kedua, Arsenal berusaha mencari peluang untuk memburu gol pendahuluan di Stadium Emirates.

Peluang itu dizahirkan Declan Rice pada minit ke-58. Sepakan percuma beliau persis David Beckham menewaskan bekas penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois.

Stadium Emirates semakin gamat apabila Rice meledakkan jaringan kedua pada minit ke-70. Courtois tidak berupaya menangkis sepakan percuma bekas bintang West Ham itu yang menerjah penjuru atas gawang.

Los Blancos makin derita apabila Mikel Merino menyumbat gol ketiga lima minit selepas itu. Selepas menerima hantaran Myles Lewis-Skelly, Merino melepaskan rembatan lencong yang menewaskan Courtois.

Real Madrid berusaha memberi tekanan kepada Arsenal untuk mengurangkan defisit gol. Malangnya, keputusan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Los Blancos dijangka berdepan tugas sukar mengatasi defisit tiga gol di Bernabeu pada 17 April. Ini kerana mereka perlu beraksi tanpa Eduardo Camavinga yang menjalani penggantungan perlawanan.

Camavinga terlepas aksi timbal balik di Bernabeu selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil Bosnia, Irfan Peljto pada minit akhir aksi suku akhir pertama.

Sofascore memilih Rice sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 8.7. Ini susulan dua gol menakjubkan yang dihasilkan beliau ketika menentang Real Madrid.

Selepas ini, Arsenal akan menentang Brentford untuk saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 13 April. Real Madrid pula akan menentang Alaves pada hari yang sama.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments