Advertisement
ACL: Urawa Reds Bangkit Tewaskan Wuhan Three Town
ACL
MakanBola
Urawa Reds

Aksi ke-5 Liga Juara-Juara AFC (ACL) menyaksikan Urawa Reds mencatatkan kemenangan dengan keputusan 2-1.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Saitama menyaksikan anak buah Rafał Janas turun dengan kesebelasan terbaik untuk mengesahkan slot tempat kedua terbaik kejohanan.

Aksi babak pertama bermula dengan baik apabila kedua-dua pasukan saling bertukar serangan.

Urawa Reds memperoleh peluang terbaik namun dinafikan oleh kekebalan benteng pertahanan lawan.

Pelaung terbaik hadir menerusi rembatan penyerang berbisa pasukan, Bryan Linssen pada minit ke-35 namun dinafikan penjaga gol Wuhan Three Town.

Tuan rumah memperoleh sepakan penalti selepas lawan melakukan kekasaran yang mudah disempurnakan oleh pertahanan Urawa Reds, Alexander Scholz.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-0.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan kembali rancak dengan pasukan pelawat mahu mencari gol penyamaan.

Gerakan cantik Wuhan Three Town akhirnya membuahkan hasil apabila Zhipeng Jiang bijak mencari Davidson untuk gol penyamaan pada minit ke-68.

Beberpaa pertukaran dilakukan oleh kedua-dua pasukan namun kekal buntu hingga wisel penamat dibunyikan.

Urawa Reds kekal di tangga kedua Kumpulan J dengan 5 mata diikuti Wuhan Three Town dengan mata yang sama di tangga ketiga.

Selepas ini, Hanoi akan menjadi lawan terakhir Urawa Reds di pentas ACL pada 6 Disember 2023.